Monday, July 9, 2012

i have no idea what the best title that i can put for this

saya bukan lah seorang penulis yang baik. saya yakin semua orang akan mengatakan penulisan saya seperti budak-budak. namun, anda tidak boleh menyamakan cara saya berfikir dengan mereka. saya hanya tahu dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia & English. namun, bahasa inggeris saya juga tidak lah begitu bagus. hanya menggunakan ayat-ayat yang simple dan mudah di fahami. ini kerana saya kurang membaca. Bahasa Malaysia saya juga tidak begitu bagus memandangkan saya hanya dapat A2 dalam SPM. 

Saya memang berminat dengan menghuraikan benda-benda yang tersirat. saya juga sangat suka membuat assumption sendiri. saya seorang yang pemerhati. dari pemerhatian saya, saya akan membuat assumption. sejak saya berkawan dengan kawan-kawan saya di universiti mereka membuka mata saya terhadap hal-hal tersirat yang sedang berlaku di dunia seperti freemason.

sejak kecil lagi saya sudah di biasakan dengan mendengar sejarah-sejarah dunia. memandangkan ayah saya merupakan guru sejarah dan geografi suatu masa dahulu, saya banyak mendapat pengetahuan daripada beliau. oleh sebab itu, saya sangat suka kan sejarah semasa saya berada di sekolah. di tambah lagi dengan cikgu yang sangat berdedikasi, subjek sejarah tidak pernah luntur di dalam hati.

bagi saya, subjek sejarah sangat penting kerana ia berkaitan dengan semua benda yang berlaku di dunia kita pada hari ini. tidak kira lah hal di dalam Malaysia mahupun di luar negara. dengan sunbjek ini, kita tidak akan lupa asal-usul kedudukan kita. sekiranya kita tahu asal-usul kedudukan kita, kita tidak akan jadi bodoh bila mata di tutup oleh kemewahan yang di janjikan dunia. pernahkah anda menonton youtube? paling mudah, contohnya untuk mendengar lagu melayu ataupun  lagu daripada indonesia. pernahkah anda melihat di bahangian komen di bawah screen youtube? pasti ada yang bergaduh untuk menyatakan bahawa negara mereka paling hebat.

mari kita fikir semula...

orang-orang melayu kita, benarkah kita berasal daripada tanah melayu ini sendiri ataupun kita datang daripada tanah yang sama iaitu bumi. saya pernah melihat satu dokumentari yang menceritakan bahawa bumi ini suatu masa dahulu tidak terbahagi kepada mana-mana benua ataupun negara. jadi, bumi ini adalah milik kita semua. mengapa ingin di bahagi kan sehingga kita bergaduh sesama sendiri untuk mendapatkan tanah. apabila tanah boleh di jual beli, yang miskin lah yang tidak mempunyai tanah lalu di halau daripada negara sendiri. kita boleh mengambil contoh seperti Palestin. mengapa perlu bergaduh sedangkan tuhan ciptakan tempat tinggal yang kita boleh berkongsi bersama.

to be continue....

No comments:

Post a Comment